Rabu, 14 Mei 2008

Dunia Iklan

Dunia Iklan sila tulis nama dan sebagainya..

Sabtu, 8 Mac 2008

Rabu, 27 Februari 2008

TANTRA TOTEM.

THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA. Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA. Usahlah terlalu mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT. Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA. Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH. Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS. Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS. Berpeganglah kepada tiga R: 1. Rasa hormat pada diri sendiri; 2. Rasa hormat kepada orang lain; 3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Iklan

terima kasih la kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa nie.. saya menulis nie sebab nak menjelaskan sal tajuk tajuk kat Pautan tu. maklum lah ada sesetengah tajuk saya tgk tak ramai yang nak buka, maybe takut apa yang mereka cari tak ada kat sana kot. jadi baiklah saya jelaskan. Dan satu lagi. bila anda dah terlanjur klip kat sini atau mana mana tajuk sila klip pada header (Dunia Iklan) kat atas untuk kembalikan pautan. ( Dunia Iklan)

1: Al Qur’an

kalau nak cari maksud maksud ayat yang tak faham atau jelas elok la masuk kat sini. saya dah listkan senarai senarai surah dan ayat. mmg senang nak guna. ya la.. bila kita baca kisah kisah berkenaan agama kan selalu di letakan nama nama ayat sebagai runjukan. jadi kalau kita tak yakin elok kita rujuk ayat-ayat tu kan? sebab tu saya adakan ruangan nie.

2: Dunia Tersembunyi

sini sebenarnya lebih tertumpu pada isu seharian, banyak cerita menarik dan nasihat kat sini yang bersangkut dengan agama. tak ada hal berat dalam ruangan nie sebenarnya. seperti yang saya kata tadi. kat sini hanyalah tertumpu kisah seharian yang sepatutnya kita semua tahu..

3:Duniaku

ini pula memang tempat saya sendiri menulis. tapi saya nie seorang yang malas nak menaip. saya lebih senang bercerita dalam sajak dan puisi apa yang saya lalui seharian dan saya rasa saya perlu untuk menulis. kalau tak mmg saya liat nak menulis.

4:Dunia Sastera

emm… sudut paling saya suka. heheh. kat sini saya muatkan sajak, puisi, lirik lagu dan apa apa yang bersangkut pauk dengan dunia sastera. sajak dan puisi saya pun kalau rajin saya akn post kat sini gak. tapi kalau tak rajin. tau je la. saya lebih banyak postkan sajak dan puisi yang di kirimke sini dari saya ambil pada web web lain. sebab tu tak banyak. sebab saya suka ambil karya tu dari penulis asal. dan yang dahjadi lagenda tu adat la kan..

5:Dunia Maya

nie adalah pengenalan saya dan juga salasilah saya. tapi saya mohon maaf la sebab saya nie sebenarnya banyak berahsia sal kehidupan seharian saya. tapi saya rasa pengenalan yang saya berikan tu dah cukup untuk mengenali saya. dan sini juga saya sediakan pautan- pautan ke web web yang saya selalu lawat dan saya join la kan, termasuk la rakan-rakan nya link blog pun ada saya masukan kat sini. jadi jangan kata saya tak promosi blog rakan rakan lak k. hehhehehe… gurau je.. blog saya nie iklan je.. wakaaakkak..

6:Dunia Ba Alawi

yang nie lak untuk kaum kerabat ba alawi. maklum la.. walau kami di lahirkan dalam satu keturunan tapi tak semestinya kami mengenali antara satu sama lain. sebab tu saya sediakan ruangan nie khusus untuk para ba alawi dan saudara saudara saya nie.
jadi jangan la segan nak menyapa saya kat sini. semoga taliyang terputus tercantum kembali. kalau dapat sambutan kat sini saya berniat nak buat satu forum khusus untuk pebincangan nie.

7:Dunia Cinta

heheheheheh….. tajuk paling hangat… tapi malangnya saya tak ada terlalu banyak post kat ruangan nie. sekadar 10 atau 12 post je seminggu. tak apa kita cuba cari lagi agar ruangan nie bertambah sesak. bolehhhhh????????

8:Dunia kita

sepatutnya tajuk nie jadi tajuk utama. sebab banyak cerita dan isu semasa yang boleh kita jadikan petunjuk seharian kat sini. saya pun suka baca posting posting kat sini. beri kita pengajaran. yang kadang kadang kita rasa apa yang kita buat ok tapi sebenarnya sebalik nya. jadi saya harap sangat la agar tak ketingalan tajuk tajuk kat sini.

9:Dunia Jariah

satu lagi tajuk yang baru saya buka kalau dapat sambutan. kat tajuk nie saya taknak bercerita. cuma saya nak meminta pada pada sesiapa yang ingin menyumbang artikel je untuk di muatkan dalam blog saya nie tampa bayaran. hihihihi… sape stuju??????? klip la… hehehe
cadowboxinglp3dm5.gif alhaddad77-128.jpg
time tido
jangan marah ya..

Selasa, 26 Februari 2008

Special Pics

kiriman: Blackcrv Sha

Adik Nurul Aysha Safiya memerlukan keperihatinan kita

nurul_aysha.jpg

Panjang2kan la email nie….moga2 dapat la bantu serba sedikit beban keluarga adik nurul……

Assalamualaikum,

Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul. Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sindrom). Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau. Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt….Wassalam!

Hulurkan bantuan anda kepada :- Nama : Samsulrizal b. Ramli (bapa adik Nurul) Maybank Acc : 162 106 168 490 (See attached file: nurul_aysha. JPG)

Hari ini dia susah, kita senang…esok lusa tak mustahil jadi sebaliknya dengan kehendakNYA! Wallahua’lam. …

Letakkan akal di hadapan perasaan bukan perasaan di hadapan akal

SmileyCentral.com

Best regards

Massita Binti Awang

Chak de! India

semangat patriotisme

‘Chak de! India’ menyemarakkan semangat patriotisme 07-08-2007 09:03:46 PM Oleh ZIEMAN

srk1.jpg

PELAKON Bollywood terkenal Shahrukh Khan sekali lagi akan menggegarkan panggung dengan filem terbarunya Chak de! India yang memulakan tayangan di seluruh dunia pada hari Jumaat, 10 Ogos ini.

Kebetulan pula filem ini akan menemui para peminat filem Bollywood di saat negara India akan meraikan hari kemerdekaannya yang ke 60 pada 15 Ogos ini.
Filem Chak de! India dibuat berdasarkan cerita sebenar seorang penjaga gol hoki India yang terkenal bernama Ranjan Negi.
Namun dalam filem ini kisahnya berkisar tentang seorang bekas kapten pasukan hoki India bernama Kabir Khan (watak utama yang dipegang oleh Shahrukh Khan) yang ditugaskan menjadi jurulatih pasukan hoki kebangsaan wanita yang terdiri dari sekumpulan anak-anak gadis yang mempunyai agenda tersendiri mengapa mereka ingin bermain dalam pasukan hoki mewakili negara mereka.
Kesemua anggota pasukan hoki ini terlupa keseronokan bermain hoki untuk meraih kemenangan bagi negara tercinta dan bukan sekadar mengharapkan sebuah gelaran, tawaran atau hadiah lumayan.
srk4-team.jpg
Pasukan hoki wanita India di dalam filem yang membakar semangat juang

(Foto-foto ihsan YRF Internet Cell)

Mereka juga terlalu taksub dengan permainan hoki yang menjanjikan kesenangan dan kemegahan sehingga meminggirkan perasaan dan semangat patriotik apabila dipilih untuk mewakili negara. Setiap tahun, pemain hoki wanita ini akan bertungkus lumus bermain semata-mata untuk mendapat tempat mewakili negara.
Namun semua itu berubah apabila bekas pemain hoki negara dan kini jurulatih hoki bernama Kabir Khan mengambil alih pasukan hoki wanita itu.
Di bawah jurulatih Kabir, kesemua ahli pasukan terpaksa melupakan sebentar tentang perbezaan latar belakang masing-masing dan bersatu untuk menjadi pasukan hoki India nombor satu.
srk-coach.jpg
Kabir membuktikan kebolehannya menjadi seorang jurulatih
Kabir pula mempunyai kisah sedih di mana dia diketepikan oleh pasukannya ketika di zaman kegemilangannya dulu dan peluang yang dia dapat kini adalah untuk membuktikan ketokohannya untuk memimpin sebuah pasukan hoki.
Kabir juga terpaksa berdepan dengan masalah seorang budak Punjabi bernama Vidya Malvade (Vidya Sharma) yang ingin bermain hoki tetapi terpaksa melupakan hajatnya kerana bantahan keluarga.
Kini Kabir terpaksa menyiapkan 16 orang pemain hoki ini untuk satu mewakili negara untuk merebut World Cup di Australia.
srk4.jpg
Kabir mengatur strategi permainan
Perlawanan hoki kini bukan sekadar untuk menang dan meraih kemegahan sahaja tetapi Kabir cuba mengajar mereka bagaimana bersatu dengan cara tulus, penuh integriti dan kredibiliti. Hanya satu cara sahaja yang dapat menyatukan 16 orang pemain hoki wanita ini dan hanya Kabir saja yang tahu.
Filem yang diterbitkan oleh Yash Chopra dan diarahkan oleh Shimit Amin ini dijangka akan mendapat tempat di hati peminat setia Shahrukh Khan yang sering digelar ‘King Khan.’
Jalan cerita yang menarik dan tidak menggunakan nama besar Bollywood selain Shahrukh Khan seorang sahaja pasti akan membuat ramai tertarik untuk menonton filem ini.

srk5.jpgsrk7.jpgsrk8.jpg

Wajah-wajah Shahrukh Khan di dalam filem Chak de! India
Selain keunikan filem yang menyelitkan unsur patriotik, Chak de! India pasti akan membakar semangat patriotik dan cintakan tanah air walaupun kita bukan rakyat India. Semangat patriotik ini akan meresap ke dalam jiwa kita meskipun berlainan negara, tambahan pula suasana ini sangat bertepatan sekali dengan suasana Merdeka yang akan kita raikan tidak lama lagi.
Selain dari Shahrukh Khan, pendokong watak lain dalam filem ini terdiri dari muka-muka baru seperti Vidya Malvade, Anjan Srivastava, Javed Khan, Vibha Chibbar, Nakul Vaid, Sagarika Ghatge, Chitrashi Rawat, Tanya Abrol and Nisha Nair.
Sementara pengarah muziknya pula terdiri dari Salim Merchant dan Sulaiman Merchant manakala penyanyi latarnya terdiri dari Shahrukh Khan sendiri, Salim Merchant, Marianne D’Cruz, Hema Sardesi, KK, Krishna, Midival Punditz dan penulis lirik pula ialah Jaideep Sahni.
srk3.jpg
Shahrukh Khan tidak melakonkan watak playboy di dalam filem ini
Tentang pemilihan kesemua 16 pelakon hoki wanita yang terdiri dari pemain-pemain hoki India, Shimit berkata “ianya perlu untuk memberi gambaran sebenar permainan hoki. Ianya nampak lebih meyakinkan apabila pemain hoki itu adalah terlatih dan profesional. “ Kesemua 16 pelakon hoki wanita itu telah diberi latihan intensif oleh pemain hoki India terkenal iaitu Dhanraj Pillay. Begitu juga dengan pemilihan Shahrukh sebagai jurulatih hoki yang bernama Kabir Khan.
srk9.jpg
Pasukan hoki wanita India yang mengharumkan nama negara mereka
“Latar belakang Shahrukh yang sememangnya pemain hoki di peringkat kebangsaan dan keadaan fiziknya sebagai seorang atlet membuat Shahrukh pelakon yang tepat untuk mendukung watak itu,” kata Shimit lagi.
Walaupun sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan watak Kabir itu dikhaskan untuk pelakon Salman Khan, ternyata ia cuma khabar angin.
Skrip asal filem ini lahir dari Jaideep Sahni dan kemudiannya telah dijual kepada Aditya Chopra.
Terdapat juga desas-desus yang mengatakan pengarah Shimit ‘tidak sebulu’ dengan Shahrukh sehingga pelakon No 1 Bollywood meninggalkan set penggambaran.
srk10.jpg
Kabir tegas di dalam tugasnya membentuk pasukan yang terbaik di dunia
Kesahihan khabar angin ini hampir tiada kepastian. Namun hakikatnya, Shimit yang pernah mengarah filem ‘Ab Tak Chhappan’ ini tetap mengakui kehebatan Shahrukh yang tidak boleh diperkotak-katikkan .
“Perwatakannya hampir sama dengan pelakon hebat ‘berkarektor’ Nana Patekar yang tahu apa yang dia mahukan.
“Karisma yang ada pada Shahrukh mahupun Nana membuat ramai orang terkunci mulut apabila berdepan dengan mereka.
“Shahrukh yakin dengan apa yang dia lakukan termasuklah apa saja watak yang diberikan kepadanya. Dan itulah kehebatan Shahrukh Khan.”

Ahad, 24 Februari 2008

Biografi Alawiyyin

sila klip di bawah

biografi_alawiyyin.pdf

Penubuhan Syed-Syed semalaysia

Pada Disember 2002, Tuan Syed Mohd Shaiful Jamalullail ditemani Tuan Syed Padzil Barakbah telah mengadap Tuanku Pemangku Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Faizuddin Ibni Syed Sirajuddin Jamalullail di Pejabat BUMITA Kangar bagi berbincang menubuhkan Persatuan Syed-Syed Se-Malaysia.Perbincangan yang hampir satu jam itu mendapat kata putus yang positif. Tuanku Pemangku Raja Perlis banyak memberi nasihat dan pandangan yang membina bagi menjayakan persatuan ini. Dengan penuh rasa kasih dan sayangnya Baginda kepada Alawiyyin, Tuanku sanggup menjadi Penaung serta Penasihat kepada persatuan yang bakal ditubuhkan ini.Bermula dari titik pertemuan dengan Tuanku, Tuan Syed Mohd Shaiful Jamalullail dengan dibantu Tuan Syed Padzil Barakbah telah mengaturkan perjumpaan dengan pemuda-pemuda Ba-Alawi disekitar Perlis untuk berbincang. Antara yang terlibat pada perbincangan awal adalah Tuan Syed Muzammil Jamalullail, Tuan Syed Aidil Jamalullail, Tuan Syed Murtadza Barakbah serta Tuan Syed Azri Al-Haddad. Perbincangan secara tidak resmi ini berlanjutan beberapa hari.Setelah seminggu perkara ini menjadi perbualan Alawiyyin di Perlis, sampailah masanya untuk bermesyuarat secara resmi dan sekaligus melantik jawatankuasa Penaja. Pada Tanggal 2hb Januari 2003, hari Khamis malam Jumaat, mesyuarat kali pertama diadakan dikediaman Tuan Syed Mohammad Syed Sheikh As-Saggaf dengan dihadiri seramai tujuh orang. Pada malam itu telah disepakati oleh jamaah mesyuarat melantik jawatankuasa seperti berikut, Prof. Madya Syed Omar Saggaf (Presiden), Tuan Syed Padzil Barakbah (Naib Presiden), Tuan Syed Mohd Shaiful Jamalullail (Setiausaha), Tuan Syed Azri Al-Haddad (Penolong S/U), Tuan Syed Yusof Al-Aidid (Bendahari), Tuan Syed Mohammad Al-Saggaf (AJK). Tuan Syed Abu Bakar dari Pulau Pinang menjadi pemerhati pada malam tersebut. Selepas perlantikan jawatankuasa itu, majlis mesyuarat telah bersetuju sebulat suara untuk menamakan persatuan yang bakal ditubuhkan dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN BA-ALAWI MALAYSIA.

Shaiful Jamalullail telah diamanahkan untuk merangka serta menyiapkan Perlembagaan (Undang-undang Tubuh) secepat mungkin untuk proses pendaftaran secara sah. Mesyuarat Khas Membentang Perlembagaan berlangsung dua kali bagi diluluskan oleh jawatankusa. Pada bulan Februari 2003, Shaiful Jamalullail telah menghantar borang serta Perlembagaan kepada pihak Pendaftar Pertubuhan Negeri Perlis.

Pada tanggal 8hb. Julai 2003, Pendaftar Pertubuhan Malaysia yang ibu pejabatnya di Kuala Lumpur telah meluluskan permohonan PERSATUAN KEBAJIKAN BA-ALAWI (PEKABA) diperingkat Kebangsaan. Pada tanggal ini juga PEKABA telah menjadi sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Dengan ujudnya Persatuan ini, maka para Ba-Alawi seluruh Malaysia dapatlah bersatu dibawah satu bumbung. Pihak PEKABA menyeru seluruh Ba-Alawi agar bersama PEKABA demi menghidupkan kembali amal kebajikan yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita pada masa dulu.

Pada Muktamar yang lalu (Mei, 2005), beberapa undang-undang dalam perlembagaan PEKABA telah dipinda dan dirubah (sila lihat Perlembagaan). Antara pindaan yang terbesar adalah, Jawatan Kuasa PEKABA Pusat telah mengusulkan Pindaan Perlembagaan PEKABA, Fasal 1: Pindaan nama persatuan, iaitu dari PERSATUAN KEBAJIKAN BA-ALAWI MALAYSIA (PEKABA) kepada PERSATUAN KEBAJIKAN ASYRAAF MALAYSIA (ASYRAAF).

Pihak PEKABA Pusat memikirkan bahawa komentar ini adalah munasabah dan perlu kerana persatuan ini diwujudkan untuk semua keturunan Sayyid @ Syariff dan Syarifah (Alawiyyin) serta Muhibbin di Malaysia.

Kita sedia maklum bahawa terdapat juga Alawiyyin di Malaysia ini terdiri daripada bukan susur galur BA-ALAWI, umpamanya jika dari keturunan Sayedina Hussein r.a itu sendiri, iaitu qabilah Al-Musawwi, Al-Mahdali, Al-Bukhori, Az-Zawawi dan banyak lagi. Manakala dari keturunan Sayedina Hassan r.a pula yang terdiri dari qabilah Al-Qudsi, Al-Qadiri, Al-Hasyimi, Al-Dahlani dan beratus-ratus lagi qabilah dari beliau.

Walaupun pindaan ini dibuat, ianya tidak merubah dasar dan hala-tuju persatuan, malah ianya telah membuka skop yang lebih luas untuk keahliannya, iaitu kepada seluruh keturunan Hassan r.a dan Hussein r.a.

Tafsiran Ba-Alawi

Tafsiran BA-ALAWI adalah diambil dari singkatan perkataan Bani Alawi atau maksudnya Keturunan Alawi. Yang di panggil Ba-Alawi pula adalah mereka yang bernasab terus kepada Alawi Bin Ubaidillah Bin Ahmad Al-Muhajir Bin Isa An-Naqeh. Keturunan ini bersambung nasab kepada Sayedina Hussein r.a.

Tafsiran Asyraaf

Tafsiran ASYRAAF pula diambil dari kata jamak dalam bahasa arab yang bermaksud Keturunan Yang Mulia iaitu dari keturunan Sayedina Hassan r.a dan keturunan Sayedina Hussein r.a.

Sebagai contoh jika lelaki dari keturunan ini disebut Syariff dan jika perempuan dari keturunan ini pula disebut Syarifah, manakala jika umum bagi keturunan ini disebut dengan panggilan ASYRAAF.

Dengan ini kami pihak ASYRAAF Pusat berharap para Asyraaf dapat memahami dengan penerangan yang serba ringkas tentang tujuan pindaan ini yang telah dibuat. Semoga dengan pindaan ini dapat memperluaskan jaringan persaudaraan, kekeluargaan dan memperkukuhkan lagi hubungan sesama kita.

nak tahu lbih lanjut sila ke sini…. http://www.asyraaf.com/v2/sejarah.php atau boleh cari di

Dunia Maya

pada blogroll

Jadual ziarah dakwah Al-habib Umar Bin Hafidz di Malaysia.

Jadual ziarah dakwah Al-habib Umar Bin Hafidz di Malaysia.

Assalamualaikum wbt.
RALAT : EMAIL YANG TELAH DISEBARKAN TEMPOH HARI TELAH DIPERHALUSI SEMULA. BUKAN SEMUA TEMPAT DAN MAJLIS YANG TERBUKA UNTUK ORANG RAMAI. IA DISEBABKAN TERDAPAT TEMPAT-TEMPAT DAN MAJLIS YANG KHUSUS DAN TERTUTUP. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI
___________________________________________________________
Berikut adalah jadual (umum) yang terbuka untuk orang ramai :

14 Feb 2008, Khamis7.30 -10.00mlm

Program bersama YAB. Perdana Menteri di Masjid Putra Jaya

________________________________

15 Feb 2008 , Jumaat1.30 – 2.00 ptg

Khutbah jumaat di Masjid UIAM, Gombak, Selangor D. Ehsan

7.00 – 10.00 mlm

Yayasan AS-SOFA, Rembau, N.Sembilan.

_______________________________

16 Feb 2008, Sabtu9.00 – 1.30 tgh

Seminar Fiqah Nusantara di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

6.00 ptg – 10.00 mlm

Masjid Al Falah, USJ 9,

Selangor D. Ehsan

____________________________________

SEMUA ORANG DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI. HARAP DISEBARKAN PADA YANG LAIN.

SEKIAN. TERIMA KASIH

Negeri Johor dan Melaka

Gambar-gambar beliau http://muhammadnabil89.fotopages.com/?entry=743207

Untuk lihat biodato Hb Umar, sila klik di sini : http://www.themodernreligion.com/profile/sh-Al-Habib-Umar.html

Untuk lihat laman web Al-habib Umar, sila klik di sini : http://www.alhabibomar.com/

No. Tarikh & Hari Masa Tempat, tajuk program. Lain-lain
1. 9 Feb 2008Sabtu (Johor) 11.00 – 12.00 mlm Ketibaan Habib Omar bin Hafiz di rumah Syed Omar Maulakhele
2. 10 Feb 2008Ahad 6.00 – 7.30 pg Kuliah Subuh di rumah Syed Omar Maulakhele
3. 10.00 – 11.30 tgh Pertemuan dengan Mufti Johor dan pengawai Jabatan Agama Islam Johor di Pejabat Mufti Johor
4. 12.00 – 2.30 ptg Ziarah di Rumah Habib Omar Al Muhdar
5. 3.00 – 5.30 ptg Ziarah Habib Ali Jaafar Al Idrus ( tertutup ) di Batu Pahat
6. (Melaka) 7.30 – 10.00 mlm Majlis di Masjid Kampung Ulu, Melaka
7. 10.00 mlm Berangkat ke Hotel Concord, KLIA

Negeri Kelantan Darul Naim

8. 11 Feb 2008Isnin(Kelantan) 8.30 - 8.45 pg Bertolak dari KLIA ke kelantan. Mendaftar masuk di Hotel Perdana
9. 9.30 – 10.30 pg Kunjung hormat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan ( tertutup )
10. 11.00 – 2.00 ptg Lawatan ke Pejabat YIK dan KIAS ( tertutup )
11. 2.30 – 3.00 ptg Ziarah Makam Tok Kenali
12. 3.30 – 5.00 ptg Lawatan ke Pondok Moden Kandis, Bachok
13. 6.00 – 11.30 mlm Majlis Maulid & ceramah( memperingati ulama silam – Tok Kenali )
14. 12 Feb 2008Selasa 9.30 pg Bicara ilmu (Tariqah As Sufiyah sebagai da’wah Ahli Sunnah Wal Jamaah Berhadapan Arus Globalisasi) di Balai Islam Lundang.
2.30 – 4.00 ptg Majlis Tausiat dan Taujihat kepada pelajar ( Madrasah Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam Pembinaan Spritual, Fikrah dan Fizikal Pelajar Muslim ) di Balai Islam Lundang.
15. 4.30 – 7.00 mlm Majlis bersama Saadah Ba Alawi di Kelantan
16. 9.00 – 11.00 mlm Ceramah perdana dan Solat Hajat beramai-ramai di Padang Perdana Kota Bharu

Negeri Terengganu Darul Iman.

17. 13 Feb 2008 Rabu (Terengganu) 8.oo pg Mula bertolak ke Terengganu
18. 12.00 tgh Kunjungan hormat ke Menteri Besar Tarengganu (tertutup)
19. 3.00 ptg Perjumpaan dengan pengawai-pangawai agama Terengganu
20. 7.00 ptg – 10.30 mlm Majlis Asma Ul Husna dan ceramah umum (Nilai-nilai Bangsa Yang Dibentuk Rasulullah SAW di dalam Masjid Nabawi) di Masjid Tok Ku
21. 14 Feb 2008 Khamis 6.30 – 7.30 pg Kuliah subuh di rumah Dato’ Syed Salim Bin Syed Zawawi.
22. 8.30 – 1.30 tgh Lawatan ke Universiti Darul Iman Malaysia (Asas Pendidikan Dahulu dan Kini Dalam Membentuk Tamadun Bangsa) (pelajar shj)
23. 2.00 – 3.00 ptg Ziarah Makam Habib Yassin Bukit puteri, Makam Tok Ku Tuan Besar dan Tok Ku Paloh
24. 4.00 ptg Habib bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri program bersama Perdana Menteri Malaysia.

Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan Darul Khusus.

25. 14 Feb 2008 Khamis 7.30-10.00mlm Majlis Maulid bersama P.M. di Masjid Putra Jaya (Terbuka)
26. 15 Feb 2008 Jumaat 1.30 – 2.00 ptg Khutbah jumaat di Masjid UIA, Gombak, Selangor D. Ehsan Ali Zainal Abidin Al Hamid
3.00 ptg Mula bertolak ke Rembau,N. Sembilan
27. 7.00 – 10.00 mlm Majlis di Yayasan SOFA, Rembau, N.Sembilan. Ali Zainal Abidin Al Hamid
28. 16 Feb 2008 Sabtu 9.00 – 1.30 tgh Seminar Fiqah Nusantara di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Syed Ibrahim Bin Yahya
29. 4.00 – 5.00 ptg Rauhah Bersama Habib Omar di Rumah Syed Abdul Rahman Al Haddad, Seksyen 9 , Shah Alam. Selangor D. Ehsan.
30. 7.00 – 10.00 mlm Maulid di Masjid Al Falah, USJ 9, Selangor D. Ehsan Syed Omar Maulakhele
31. 17 Feb 2008 Ahad 10.00 – 12.00 tgh Tausiah dan Taujihat di Madras An Nur, Kg Pantai Dalam, Bangsar, KL. Ali Zainal Abidin Al Hamid
32. 2.00 ptg Mula bertolak ke KLIA
Sekian,
Sebar2 kan pada yang lain.

Wassalam

Tuan Habib Umar Bin Hafidz

hb_umar.jpg hbumar.jpg

page nie di petik dari FORUM ASYRAAF.

Dengan segenap Puji bagi Maha Raja Tunggal Sekalian Alam Semesta, dan Limpahan Shalawat dan Salam atas Imam Tunggal yg terpilih memimpin di dunia dan di Akhirat, Sayyidina Muhammad beserta keluarga dan Sahabat beliau, dan para penerusnya hingga akhir zaman. Merupakan Kabar yang menghangatkan Negara ini bahwa Guru Mulia ini akan kunjung kembali ke negeri kita, beliau adalah seorang ahli hadits yang mencapai derajat Al Hafidh, yaitu hafal lebih dari 100.000 (seratus ribu) hadits berikut sanad dan hukum matannya, dan beliau juga bergelar Al Musnid, yaitu orang yang mampu menyebutkan ribuan hadits dari dirinya hingga Rasulullah saw, yaitu yang banyak mengumpulkan sanad hadits, beliau juga digelari AL Mufassir, yaitu Ahli Tafsir Alqur’an yang mengetahui Asbabunnuzul ayat yang didukung dh hadits-hadits shahih, beserta Asbabul wurudnya, diluar itu semua beliau adalah Ahlulkhusyu’, malam hari beliau adalah berduaan dengan Allah SWT, pernah seorang tamu tetap bersikeras hingga tengah malam duduk dengan beliau, lalu beliau izin untuk shalat malam, namun tamu berkata : “saya menunggu anda”, maka Guru Mulia mengangguk, beliau tidak keluar kecuali untuk shalat subuh, maka Tamu berkata : “Habibana, antum meninggalkan saya hingga subuh?”, beliau berkata : “maafkan saya, Aku bertamu kepada Yang maha Tunggal, dan jika aku bertamu pada Nya maka aku lupa pada semua selain Nya”.Demikian malam malam beliau, dan siang hari beliau adalah Khidmah pada ummat, Tahun 1994 adalah kunjungan pertama beliau ke Indonesia, seorang Da’I muda yang telah mendunia ini pun mengadakan kesepakatan dengan para Ulama dan habaib di Indonesia untuk mengabulkan permintaan mereka dalam menerima siswa-siswa dari Indonesia untuk dibimbing oleh beliau di Yaman, tepatnya di kota Tarim, Hadramaut, saya dan rombongan calon santri beliau berangkat. Tahun 1998, saya bersama angkatan pertama kembali ke Indonesia, dan setiap tahunnya alumni Ma’had Darulmustafa bimbingan beliau yang baru berdiri pada tahun 1997 ini terus menghujani Nusantara, termasuk Malaysia, Singapura, demikian pula Srilangka, Amerika Serikat, Inggris, Australia, dan masih banyak murid murid beliau yang berduyun duyun dari pelbagai Negara menimba ilmu dari Guru Kelembutan ini dan kembali membawa keharuman Risalah Muhammad saw.Selamat Datang Wahai Guru Mulia pembawa semilir kelembutan.. betapa cahaya kelembutan telah kau tebarkan di sanubari ratusan muridmu di Mancanegara, dan muridmu pun telah pula membina dan memimpin ribuan bahkan puluhan ribu muslimin di belahan bumi barat dan timur, kedatanganmu adalah pelipur lara dan pelibur kesedihan bagi perjuangan murid muridmu yang siang malam jatuh bangun memperjuangkan dakwah sang Nabi saw.Sebagaimana para Ulama dan Habaib angkatan angkatan abad ke 18 dan yang sebelumnya hingga zaman wali songo di abad abad sebelumnya berasal dari Kota Tarim, Hadramaut, yaman, atau dari Indonesia yang menimba ilmu disana, dan kembali ke Indonesia sebagai da’I da’i pewaris tugas sang Nabi saw untuk berdakwah dengan kelembutan dan kasih sayang kepada penduduk bumi. Sembilan makam para wali itu (yang kesemuanya dari Hadramaut Yaman selatan) sebagai saksi abadi bahwa mereka ini (para da’I dari Hadramaut Yaman Selatan) mendatangi negeri ini karena Tugas Mulia yang mereka telah diizinkan Allah SWT untuk memangkunya, sebagai penyeru kepada Keluhuran yang Abadi, demikian pula makam makam orang shalih di belahan Nusantara, yang juga bertebaran di Jakarta seperti wilayah Luar Batang, Kwitang, Alhawi Condet, Kalibata dan masih banyak lagi, bagaikan Monumen Lambang perjuangan para penegak Risalah yang sebagian besar mereka itu menimba ilmu dari Hadramaut Yaman, sebagaimana sabda Nabi saw : “Iman adalah Yaman”, dan sabda Nabi saw : “Wahai Allah berkahilah penduduk Yaman dan Penduduk Syam”, dan berkata Imam Ibn Hajar dalam kitabnya Fathul Baari Bisyarh Shahih Bukhari bahwa Kaum Anshar sebagai Ahlul Madinah adalah berasal dari Yaman.

Maka pada hari Rabu 16 Januari 2008 Guru Mulia ini akan menginjakkan kakinya di Bumi Jakarta, Mereka adalah pembawa Panji Tauhid, dengan limpahan kemuliaan Allah swt saat mereka hidup dan Allah swt masih menunjukkan bahkan setelah mereka wafat, bahwa mereka adalah pembawa Rahmat bagi sekalian Alam, penerus tugas sang Nabi saw, sebagaimana makam seorang dari mereka di Aceh, yg banjir Tsunami dengan kekuatan ratusan juta Ton dengan kecepatan rata rata 300km/jam dan tingginya di sebagian wilayah mencapai 30 meter, namun Banjir itu menyingkir dan terbelah di makam tersebut, sama hal nya dengan beberapa masjid di propinsi tersebut, membuktikan bahwa Allah memuliakan tubuh tubuh para Da’I pembawa Risalah, mereka menjadi benteng terhadap musibah bagi masyarakatnya walaupun mereka telah wafat.

Dengan segenap Puji bagi Maha Raja Tunggal Sekalian Alam Semesta, dan Limpahan Shalawat dan Salam atas Imam Tunggal yg terpilih memimpin di dunia dan di Akhirat, Sayyidina Muhammad beserta keluarga dan Sahabat beliau, dan para penerusnya hingga akhir zaman. Merupakan Kabar yang menghangatkan Negara ini bahwa Guru Mulia ini akan kunjung kembali ke negeri kita, beliau adalah seorang ahli hadits yang mencapai derajat Al Hafidh, yaitu hafal lebih dari 100.000 (seratus ribu) hadits berikut sanad dan hukum matannya, dan beliau juga bergelar Al Musnid, yaitu orang yang mampu menyebutkan ribuan hadits dari dirinya hingga Rasulullah saw, yaitu yang banyak mengumpulkan sanad hadits, beliau juga digelari AL Mufassir, yaitu Ahli Tafsir Alqur’an yang mengetahui Asbabunnuzul ayat yang didukung dh hadits-hadits shahih, beserta Asbabul wurudnya, diluar itu semua beliau adalah Ahlulkhusyu’, malam hari beliau adalah berduaan dengan Allah SWT, pernah seorang tamu tetap bersikeras hingga tengah malam duduk dengan beliau, lalu beliau izin untuk shalat malam, namun tamu berkata : “saya menunggu anda”, maka Guru Mulia mengangguk, beliau tidak keluar kecuali untuk shalat subuh, maka Tamu berkata : “Habibana, antum meninggalkan saya hingga subuh?”, beliau berkata : “maafkan saya, Aku bertamu kepada Yang maha Tunggal, dan jika aku bertamu pada Nya maka aku lupa pada semua selain Nya”.Demikian malam malam beliau, dan siang hari beliau adalah Khidmah pada ummat, Tahun 1994 adalah kunjungan pertama beliau ke Indonesia, seorang Da’I muda yang telah mendunia ini pun mengadakan kesepakatan dengan para Ulama dan habaib di Indonesia untuk mengabulkan permintaan mereka dalam menerima siswa-siswa dari Indonesia untuk dibimbing oleh beliau di Yaman, tepatnya di kota Tarim, Hadramaut, saya dan rombongan calon santri beliau berangkat. Tahun 1998, saya bersama angkatan pertama kembali ke Indonesia, dan setiap tahunnya alumni Ma’had Darulmustafa bimbingan beliau yang baru berdiri pada tahun 1997 ini terus menghujani Nusantara, termasuk Malaysia, Singapura, demikian pula Srilangka, Amerika Serikat, Inggris, Australia, dan masih banyak murid murid beliau yang berduyun duyun dari pelbagai Negara menimba ilmu dari Guru Kelembutan ini dan kembali membawa keharuman Risalah Muhammad saw.Selamat Datang Wahai Guru Mulia pembawa semilir kelembutan.. betapa cahaya kelembutan telah kau tebarkan di sanubari ratusan muridmu di Mancanegara, dan muridmu pun telah pula membina dan memimpin ribuan bahkan puluhan ribu muslimin di belahan bumi barat dan timur, kedatanganmu adalah pelipur lara dan pelibur kesedihan bagi perjuangan murid muridmu yang siang malam jatuh bangun memperjuangkan dakwah sang Nabi saw.Sebagaimana para Ulama dan Habaib angkatan angkatan abad ke 18 dan yang sebelumnya hingga zaman wali songo di abad abad sebelumnya berasal dari Kota Tarim, Hadramaut, yaman, atau dari Indonesia yang menimba ilmu disana, dan kembali ke Indonesia sebagai da’I da’i pewaris tugas sang Nabi saw untuk berdakwah dengan kelembutan dan kasih sayang kepada penduduk bumi. Sembilan makam para wali itu (yang kesemuanya dari Hadramaut Yaman selatan) sebagai saksi abadi bahwa mereka ini (para da’I dari Hadramaut Yaman Selatan) mendatangi negeri ini karena Tugas Mulia yang mereka telah diizinkan Allah SWT untuk memangkunya, sebagai penyeru kepada Keluhuran yang Abadi, demikian pula makam makam orang shalih di belahan Nusantara, yang juga bertebaran di Jakarta seperti wilayah Luar Batang, Kwitang, Alhawi Condet, Kalibata dan masih banyak lagi, bagaikan Monumen Lambang perjuangan para penegak Risalah yang sebagian besar mereka itu menimba ilmu dari Hadramaut Yaman, sebagaimana sabda Nabi saw : “Iman adalah Yaman”, dan sabda Nabi saw : “Wahai Allah berkahilah penduduk Yaman dan Penduduk Syam”, dan berkata Imam Ibn Hajar dalam kitabnya Fathul Baari Bisyarh Shahih Bukhari bahwa Kaum Anshar sebagai Ahlul Madinah adalah berasal dari Yaman.

Maka pada hari Rabu 16 Januari 2008 Guru Mulia ini akan menginjakkan kakinya di Bumi Jakarta, Mereka adalah pembawa Panji Tauhid, dengan limpahan kemuliaan Allah swt saat mereka hidup dan Allah swt masih menunjukkan bahkan setelah mereka wafat, bahwa mereka adalah pembawa Rahmat bagi sekalian Alam, penerus tugas sang Nabi saw, sebagaimana makam seorang dari mereka di Aceh, yg banjir Tsunami dengan kekuatan ratusan juta Ton dengan kecepatan rata rata 300km/jam dan tingginya di sebagian wilayah mencapai 30 meter, namun Banjir itu menyingkir dan terbelah di makam tersebut, sama hal nya dengan beberapa masjid di propinsi tersebut, membuktikan bahwa Allah memuliakan tubuh tubuh para Da’I pembawa Risalah, mereka menjadi benteng terhadap musibah bagi masyarakatnya walaupun mereka telah wafat.

Orang yang pertama di juluki (digelari) “Alhaddad” ialah walliyyullah Ahmad bin Abibakar bin Ahmad Masrafah bin Abdullah bin Abdulrahman bin Alwi Ammil-Faqih bin Muhammad Shahib Marbad.

Soal gelar yang disandangnya, ada 2 versi penyebabnya:

Versi pertama: Kerana Waliyyullah Ahmad bin Abibakar Alhaddad bersahabat dengan seorang tukang besi atau “pandai besi“, dalam bahasa arabnya di panggil “Al-Haddad” yang mana Waliyyullah Ahmad bin Abibakar Alhaddad sering mengunjunginya di tempat sahabatnya bertukang besi..

Versi kedua: Sering dikatakan orang ” Alhaddadil-Qulub” artinya “Pandai kalbu” Maksunya karena Waliyyullah Ahmad bin Abibakar Alhaddad bila berdahwah dalam menginsyafkan seseorang ke jalan yang benar dapat melemahkan kalbu (hati) seseorang itu sekalipun orang tersebut berkalbu (berhati) yang kerasnya bagaikan besi. Waliyyullah Ahmad bin Abibakar Alhaddad tak ubahnya sebagai seorang yang “pandai besi” yang dapat melunakan besi yang keras sekali.

Waliyyullah Ahmad bin Abibakar Alhaddad di lahirkan di kota Tarim. Dikurniakan hanya seorang anak lelaki yang dinamai Alwi.

Diantara keturunanya generasi yang ke31 adalah Waliyyullah Al-habib Abdullah bin Alwi Alhaddad, yang tersohor dengan “Ratib Alhaddad” nya, (klip sini)

Waliyyullah Al-habib Abdullah bin Alwi Alhaddad bersaudara dengan Al-habib Umar Bin Alwi Alhaddad. kedua duanya tidak pernah datang ke Indonesia. yang menurunkan keturunanya di Indonesia adalah anak cucunye generasi ke 33. Keturunan Al-Habib Abdullah bin Alwi Alhaddad yang berada di Indonesia kebanyakan berada di jawa -timur, sedangkan keturunan Alhabib Umar bin Alwi Alhaddad yang kebanyakan berada di pasar minggu Jakarta. ( termasuk di antaranya Al-Habib Alwi bin Thahir Alhaddad) Waliyyullah Ahmad bin Abibakar bin Ahmad Al-Masrafah pulang ke rahmatullah di kota Tarim sekitar tahun 870 Hijriyyah.

maqam-al-habib-abdullah-al-haddad.jpeg

Makam Waliyyullah Al-habib Abdullah bin Alwi Alhaddad

tempat-kholwat-h-abdullah-yg-telah-d-renovasi.jpeg

Tempat Kholwat Waliyyullah Al-habib Abdullah bin Alwi Alhaddad

tasbih-hbb-abdullah-al-haddad.jpeg

Tasbih Waliyyullah Al-habib Abdullah bin Alwi Alhaddad

masjid-h-abdullah-al-haddad-1.jpeg

Masjid Waliyyullah Al-habib Abdullah bin Alwi Alhaddad

masjid-h-abdullah-al-haddad.jpeg

Masjid Waliyyullah Al-habib Abdullah bin Alwi Alhaddad

SAIYID ALWI BIN THAHIR AL-HADDAD

SAIYID ALWI BIN THAHIR AL-HADDAD

Mufti Kerajaan Johor Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah KETURUNAN Nabi Muhammad s.a.w. berbangsa ‘al-Hadmufti8-datuk-syed-alwe-bin-abdullah-al-hadad-1977-%e2%80%93-1981.jpgdad’ adalah salah satu keluarga ‘Saiyid’ yang penting dalam penyebaran Islam, pendidikan dan dakwah di dunia Melayu. Contohnya, Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad yang lahir di Hadhramaut.

Beliau pernah menyebarkan Islam di India, akhirnya meninggal dunia di Tegal, Indonesia. Makam beliau sentiasa diziarahi hingga sekarang kerana beliau diakui oleh masyarakat sebagai wali Allah. Yang diriwayatkan dalam artikel ini ialah bangsa ‘al-Haddad’ yang menjadi Mufti Johor. Nama lengkapnya ialah Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad bin Abdullah bin Thaha Abdullah bin Umar bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar Abu Thahir al-Alawi asy-Syarif al-Huseini. Sampai nasabnya kepada Saidina Ali bin Abi Thalib yang kahwin dengan Saidatina Fatimah binti Nabi Muhammad s.a.w.. Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad lahir di Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301 H/7 Ogos 1884 M

Dalam Tasynif al-Asma’ oleh Abi Sulaiman Mahmud Sa’id bin Muhammad Mamduh menyebut bahawa Saiyid ‘Alwi bin Thahir al-Haddad meninggal dunia di Jakarta, ibu kota Indonesia, pada bulan Jamadilakhir 1382 H (hlm. 383). Nik Yusri Musa dalam kertas kerja berjudul Polemik Datuk Sayed bin Tahir al-Haddad dan A. Hassan Bandung: Gambaran Pemikiran Fiqh Nusantara menyebut bahawa Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad meninggal dunia pada 14 November 1962 M dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmudiah Johor Bahru (lihat Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III, 2005 M/1427 H, hlm. 538).

Ditinjau dari segi tarikh wafat kedua-dua maklumat di atas adalah sepakat kerana 14 November 1962 M adalah bersamaan dengan 17 Jamadilakhir 1382 H. Tetapi tempat wafat masih perlu ditinjau kerana Tasynif al-Asma’ hanya menyebut Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad wafat di Jakarta dan tidak menyebut di mana dikebumikan. Dalam kertas kerja Nik Yusri Musa pula dinyatakan bahawa beliau dikebumikan di Johor Bahru, tetapi tidak menyebutkan di mana sebenarnya Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad wafat. Apakah memang benar beliau wafat di Jakarta kemudian jenazahnya dibawa ke Johor Baharu juga tidak dijelaskan. Sekiranya benar beliau wafat di Jakarta ada kemungkinan dikebumikan di Jakarta ataupun Bogor kerana Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad sebelum ke Johor memang tinggal di sana. Murid beliau pun memang ramai di Jakarta dan Bogor. Seperkara lagi ketika tarikh wafat Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad, 14 November 1962 M itu, urusan penerbangan dari Jakarta ke Singapura mungkin sedikit terganggu kerana detik-detik awal konfrontasi Indonesia-Malaysia, sedangkan Singapura ketika itu dalam Malaysia. Oleh itu sejarah yang demikian perlu diselidiki dengan lebih kemas lagi.

Dalam kertas kerja Nik Yusri Musa juga dinyatakan bahawa Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad bertugas sebagai Mufti Kerajaan Negeri Johor dari tahun 1934 - 1961 (Ibid, hlm. 538). Maklumat ini berbeza pendapat dengan tulisan Othman bin Ishak dalam buku Fatwa Dalam Perundangan Islam yang menyebut bahawa Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad menjadi Mufti Johor tahun 1934 - 1941, Datuk Haji Hasan bin Haji Yunus menjadi Mufti Johor 1941 - 1947 dan Datuk Haji Abd. Jalil Hasan menjadi Mufti Johor 1961 - 1964 (lihat terbitan Fajar Bakti, 1981, hlm. 31).

Mufti Johor yang berikutnya ialah Datuk Haji Abd. Rahim bin Haji Yunus tahun 1965 - 1977. Sesudahnya ialah Datuk Saiyid Alwi bin Abdullah al-Haddad. Mengenai nama ini hendaklah diperhatikan bahawa pada hujung nama sama-sama menggunakan ‘al-Haddad’. Jadi bererti ada dua orang keturunan ‘al-Haddad’ yang pernah menjadi Mufti Kerajaan Johor.

PENDIDIKAN

Guru-gurunya di Hadhramaut ialah Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas al-Alawi, Habib Thahir bin Umar al-Haddad, dan Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad. Banyak bidang ilmu tradisi yang beliau peroleh daripada keluarganya sendiri yang berketurunan Nabi Muhammad s.a.w..

Sungguhpun demikian yang lebih diutamakan ialah tentang hadis dan ilmu-ilmu yang dibangsakan kepada hadis itu. Berkali-kali Saiyid Alwi al-Haddad menamatkan kitab as-Sittah, Riyadh ash-Shalihin, Bulugh al-Maram, Jami’ ash-Shaghir. Sehubungan dengan hadis Saiyid Alwi al-Haddad juga mempelajari kitab-kitab mengenai sanad hadis di antara kitab-kitab itu ialah ad-Dhawabidh al-Jaliyah fi al-Asanid al-’Aliyah karya Syeikh al-Allamah al-Musnid Syamsuddin Abdullah bin Fathi al-Farghali al-Hamisyi. Demikian juga kitab ats-tsabat yang berjudul as-Samth al-Majid karya Syeikh al-Allamah al-Musnid Shafiyuddin Ahmad bin Muhammad al-Qasyasy al-Madani. Saiyid Alwi al-Haddad telah berhasil memperoleh ilmu dan ijazah daripada para gurunya serta dengan sanad-sanad yang bersambung.

Selain guru tersebut, Saiyid Alwi al-Haddad juga memperoleh ilmu daripada ayah saudaranya Imam Habib Abdullah bin Thaha al-Haddad, juga dengan Habib Thahir bin Abi Bakri al-Haddad. Guru-guru beliau yang lain pula ialah al-Mu’ammar Sirajuddin Umar bin Utsman bin Muhammad Ba Utsman al-Amudi ash-Shiddiqi al-Bakari. Saiyid Alwi al-Haddad juga sempat mendengar riwayat hadis daripada al-Allamah as-Saiyid ‘Abdur Rahman bin Sulaiman al-Ahdal yang wafat tahun 1250 H/1834 M.

Diriwayatkan bahawa Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang yang sangat cergas. Sedikit saja belajar namun pencapaian pengetahuan terlalu banyak. Ketika berumur 12 tahun Saiyid Alwi al-Haddad tamat belajar Ihya’ ‘Ulum ad-Din karya Imam al-Ghazali. Dalam usia 17 tahun beliau telah mulai mengajar dan mengajar kitab yang besar-besar dan ilmu yang berat-berat dalam usia 20 tahun. Ilmu-ilmu yang beliau ajar dalam usia itu ialah ilmu tafsir, hadis, fiqh, usul fiqh, tarikh, falak, nahu, sharaf, balaghah, falsafah dan tasawuf.

PEMIKIRAN

Saya mulai mengikuti tulisan-tulisan Saiyid Alwi al-Haddad sejak tahun 1966, iaitu yang dimuat dalam Warta Jabatan Agama Johor. Salah satu karya Saiyid Alwi al-Haddad bagi saya yang cukup menarik ialah sebuah karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia yang diberi judul Sejarah Islam di Timur Jauh. Saya ringkaskan saja bahawa karya Saiyid Alwi al-Haddad yang telah diketahui sebagai berikut:

1. Anwar al-Quran al- Mahiyah li Talamat Mutanabi’ Qadyani (dua jilid). 2. Al-Qaul al-Fashl fi ma li al-Arab wa Bani Hasyim min al-Fadhal. Kitab ini terdiri daripada dua jilid. Kandungannya merupakan sanggahan terhadap fahaman pembaharuan Islam yang dibawa oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati as-Sudani. 3. Al-Khulashah al-Wafiyah fi al-Asanid al-’Aliyah. Kitab ini menggunakan nama keseluruhan guru Saiyid Alwi al-Haddad tentang qiraat dan ijazah. 4. ‘Iqd al-Yaqut fi Tarikh Hadhramaut. 5. Kitab as-Sirah an-Nabawiyah asy-Syarifah. 6. Dalil Khaidh fi ‘Ilm al-Faraidh. 7. Thabaqat al-’Alawiyin (sepuluh jilid). 8. Mu’jam asy-Syuyukh. 9. ‘Uqud al-Almas bi Manaqib al-Habib Ahmad bin Hasan al-’Athas.

Sekiranya kita sempat membaca keseluruhan karya Saiyid Alwi al-Haddad yang tersebut di atas, dapat disimpulkan bahawa sangat luas pengetahuan yang beliau bahaskan. Saiyid Alwi al-Haddad diakui sebagai seorang tokoh besar dalam bidang sejarah, ahli dalam bidang ilmu rijal al-hadis.

Lebih khusus lagi sangat mahir tentang cabang-cabang keturunan ‘al-’Alawiyin’ atau keturunan Nabi Muhammad s.a.w.. Setahu saya memang tidak ramai ulama yang berkemampuan membicarakan perkara ini selain Saiyid Alwi al-Haddad. Boleh dikatakan tidak ada ulama dunia Melayu menulisnya secara lengkap. Sekiranya ada juga ia dilakukan oleh orang Arab keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang pernah dilakukan Saiyid Utsman bin Abdullah bin Aqil bin Yahya al-Alawi, Mufti Betawi.

Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian keras dan tegas mempertahankan hukum syarak. Gaya berhujah dan penulisan banyak persamaan dengan yang pernah dilakukan oleh Saiyid Utsman bin Abdullah bin Aqil bin Yahya al-Alawi, Mufti Betawi. Saiyid Alwi al-Haddad selain menyanggah pendapat dan pegangan Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin Ahmad Bandung.

Bukan Saiyid Alwi al-Haddad saja yang menolak pegangan A. Hassan bin Ahmad Bandung tetapi perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar. Sanggahan Haji Abu Bakar Muar terhadap A. Hassan Bandung berjudul Majlis Uraian Muar-Johor. Di bawahnya dijelaskan judul, “Pada menjawab dan membatalkan Al-Fatwa pengarang Persatuan Islam Bandung yang mengatakan babi itu najis dimakan bukan najis disentuh dan mulut anjing pun belum tentu najisnya.” Sebenarnya apabila kita meninjau sejarah pergolakan Kaum Tua dan Kaum Muda dalam tahun 1930-an itu dapat disimpulkan bahawa semua golongan ‘Kaum Tua’ menolak pemikiran A. Hassan Bandung itu khususnya Kerajaan Johor yang muftinya ketika itu Saiyid Alwi al-Haddad yang mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor.

MURID-MURID

Saiyid Alwi al-Haddad mengembara ke pelbagai negara, antaranya Somalia, Kenya, Mekah, Indonesia, Malaysia dan lain-lain. Di negara-negara yang pernah beliau singgah, beliau berdakwah dan mengajar. Di Jakarta, Saiyid Alwi al-Haddad pernah mengajar di Madrasah Jam’iyah al-Khair yang diasaskan oleh keturunan ‘Saiyid’ di Indonesia. Madrasah Jam’iyah al-Khair ialah sekolah Islam yang mengikut sistem pendidikan moden yang pertama di Indonesia, Saiyid Alwi al-Haddad pula termasuk salah seorang guru yang pertama sekolah itu diasaskan. Bahkan beliau ialah Wakil Mudir sekolah itu.

Mudirnya ialah Saiyid Umar bin Saqaf as-Saqaf. Para guru didatangkan dari pelbagai negara. Antara mereka ialah Ustaz Hasyimi yang berasal dari Tunis, Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati yang berasal dari Sudan (mengajar di Madrasah Jam’iyah al-Khair tahun 1911 - 1914), Syeikh Muhammad Thaiyib al-Maghribi yang berasal dari Maghribi, Syeikh Muhammad Abdul Hamid yang berasal dari Mekah.

Selain mengajar di Jakarta beliau juga pernah mengajar di Bogor dan tempat-tempat lain di Jawa. Muridnya sangat ramai. Antara tokoh dan ulama besar yang pernah menjadi murid Saiyid Alwi al-Haddad ialah:

1. Saiyid Alwi bin Syaikh Bilfaqih al-Alawi. 2. Saiyid Alwi bin Abbas al-Maliki. 3. Saiyid Salim Aali Jindan. 4. Saiyid Abu Bakar al-Habsyi 5. Saiyid Muhammad bin Ahmad al-Haddad. 7. Saiyid Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih. 8. Saiyid Husein bin Abdullah bin Husein al-Attas. 9. Syeikh Hasan Muhammad al-Masyath al-Makki. 10. Kiyai Haji Abdullah bin Nuh.

saya petik nie dari:

http://ulama.blogspot.com/2006/10/saiyid-alwi-bin-thahir-al-haddad.html

Salasilah saya

Syed Badrul hisyam bin Ahmad bin Mahadar bin Alwi bin Muhamad bin Alwi bin Alwi bin Ali bin Alwi bin Abdulah Sohib Al-Ratib bin Alwi bin Muhamad bin Ahmad Alhaddad bin Abdulah bin Muhamad bin Alwi bin Ahmad Alhaddad bin Abi Bakar Altowil bin Ahmad Masrafah bin Muhamad bin Abdulah bin Ahmad Alfaqih bin Abdul Rahman bin Alwi Ammu Alfaqih bin Muhamad Sohib Mirbath bin Ali Khali’ Qasam bin Alwi bin Muhamad Sohib Saoma’at bin Alwi Mubtakir bin ‘Ubaidillah bin Ahmad Muhajir ilallah bin Isa Arrumi bin Muhamad Naqib bin Ali ‘Uraidhi bin Ja’afar AlSaadiq bin Muhamad AlBaqir bin Ali Zain Al ‘Abidin bin Sayyidina Husin bin Sayyidaitina Fatimah binti Sayyidina Muhammad SAW.

p.s/ sila klip pada name berwarna untuk pengenalan lebih lengkap.

Selasa, 12 Februari 2008

Biografi Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hassani

Biografi Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hassani Oleh muridnya: Fakhruddin Owaisi Al-Madani Terjemahan : Syed Abdul Kadir Aljoofre Pendahuluan As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulamak Islam yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulamak yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah. Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. Menzirahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulamak yang menziarahi Makkah. Keluarga Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan Junjungan kita Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu 'Anhum. Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan alim ulamak besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah berkurun lama. Lima orang dari keturunan Sayyid Muhammad, telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jawatan ini ketika pemerintahan Uthmaniah serta Hashimiah, dan seterusnya terus memegang jawatan tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin Sa'ud sangat menghormati beliau. Riwayat lanjut beliau boleh dirujuk pada kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya As-Sayyid Muhammad Al-Maliki. Bapa beliau pula, As-Sayyid Alawi Al-Maliki merupakan salah seorang ulamak Makkah terunggul di abad yang lalu. Beliau telah mengajar pelbagai ilmu Islam turath di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusuk dunia telah mengambil faedah daripada beliau dari kuliah beliau di Masjidil Haram, dan ramai di kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di negara masing-masing. Malah, Raja Faisal tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah melainkan setelah meminta nasihat daripada As-Sayyid Alawi. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari daripada kematian beliau, Stesyen Radio Saudi tempatan hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan kecuali hanya untuk beliau. Maklumat lanjut tentang As-Sayyid Alawi boleh dirujuk kepada biografinya berjudul Safahat Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid As-Syarif Alawi bin Abbas Al-Maliki oleh anaknya, yang juga merupakan adik kepada As-Sayyid Muhammad, As-Sayyid Abbas Al-Maliki, juga seorang ulamak, tetapi lebih dikenali dengan suara merdunya dan pembaca Qasidah yang paling utama di Arab Saudi. Biografi ini mengandungi tulisan berknaan As-Sayyid Alawi dari ulamak dari seluruh dunia Islam. Keluarga Maliki juga telah melahirkan ramai lagi ulamak lain, tetapi penulis hanya menyebut bapa dan datuk kepada As-Sayyid Muhammad. Untuk maklumat lanjut, rujuk tulisan-tulisan berkaitan sejarah Makkah dan ulamaknya di abad-abad mutakhir. Kelahiran dan Pendidikan Awal As-Sayyid Muhammad Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz, dilahirkan pada tahun 1946, di kota suci Makkah, dalam keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal, keluarga Sayyid yang melahirkan ulamak tradisi. Beliau amat beruntung kerana memiliki bapa seperti As-Sayyid Alawi, seorang ulamak paling berilmu di Makkah. Bapa beliau merupakan guru pertama dan utama beliau, mengajar beliau secara peribadi di rumah dan juga di Masjidil Haram, di mana beliau menghafal Al-Quran sejak kecil. Beliau belajar dengan bapa beliau dan diizinkan untuk mengajar setiap kitab yang diajarkan oleh bapa beliau kepada beliau. Pendidikan Lanjut Dengan arahan bapanya, beliau juga turut mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu turath Islam: Aqidah, Tafsir, Hadith, Feqh, Usul, Mustalah, Nahw dan lain-lain, di tangan ulamak-ulamak besar lain di Makkah serta Madinah. Kesemua mereka telah memberikan ijazah penuh kepada beliau untuk mengajar ilmu-ilmu ini kepada orang lain. Ketika berumur 15 tahun lagi, As-Sayyid Muhammad telah mengajar kitab-kitab Hadith dan Feqh di Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar lain, dengan arahan guru-gurunya. Setelah mempelajari ilmu turath di tanah kelahirannya Makkah, beliau dihantar oleh bapanya untuk menuntut di Universiti Al-Azhar As-Syarif. Beliau menerima ijazah PhD daripada Al-Azhar ketika berusia 25 tahun, menjadikan beliau warga Arab Saudi yang pertama dan termuda menerima ijazah PhD dari Al-Azhar. Tesis beliau berkenaan Hadith telah dianggap cemerlang dan menerima pujian yang tinggi dari alim ulamak unggul di Al-Azhar ketika itu, seperti Imam Abu Zahrah. Perjalanan Mencari Ilmu Perjalanan menuntut ilmu merupakan jalan kebanyakan ulamak. As-Sayid Muhammad turut tidak ketinggalan. Beliau bermusafir sejak usia muda untuk menuntut ilmu dari mereka yang memiliki ilmu. Beliau telah bermusafir dengan banyak ke Afrika Utara, Mesir, Syria, Turki, dan rantau Indo-Pak untuk belajar dari alim-ulamak yang hebat, bertemu para Wali Allah, menziarahi masjid-masjid dan maqam-maqam, serta mengumpul manuskrip-manuskrip dan kitab. Di setiap tempat ini, beliau menemui para ulamak dan auliyak yang agung, dan mengambil faedah daripada mereka. Mereka juga turut tertarik dengan pelajar muda dari Makkah ini dan memberi perhatian istimewa untuk beliau. Kebanyakan mereka telah pun sangat menghormati bapa beliau yang alim, dan merupakan satu kebanggaan memiliki anak beliau sebagai murid. Ijazah-ijazah Sistem pengajian tradisi atau turath berasaskan kepada ijazah atau 'keizinan untuk menyampaikan ilmu'. Bukan semua orang boleh mengajar. Hanya mereka yang memiliki ijazah yang diktiraf dari alim-ulamak yang terkenal sahaja yang boleh mengajar. Setiap cabang pengetahuan dan setiap kitab Hadith, Feqh, Tafsir dan lain-lain, mempunyai Sanad-sanad, atau rantaian riwayat yang bersambung sehingga kepada penyusun kitab tersebut sendiri melalui anak-anak muridnya dan seterusnya anak-anak murid mereka. Banyak sanad-sanad yang penting, seperti sanad Al-Qur'an, Hadith dan Tasawwuf, bersambung sehingga kepada Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Sayyid Muhammad mendapat penghormatan dengan menjadi< Shaykh dengan bilangan ijazah terbanyak dalam waktunya. Beliau juga memiliki rantaian sanad terpendek atau terdekat dengan datuknya, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam. Di Tanah Arab, tanah kelahirannya, dan dalam permusafiran ilmunya, As-Sayyid Muhammad mendapat lebih dari 200 ijazah dari alim-ulamak teragung di zamannya, di setiap cabang ilmu Islam. Ijazah beliau sendiri, yang beliau berikan kepada murid-muridnya adalah antara yang paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan anak-anak muridnya dengan sejumlah besar para ulamak agung. Para Masyaikh yang memberikan As-Sayyid Muhammad ijazah-ijazah mereka merupakan ulamak besar dari seluruh dunia Islam. Kita menyebutkan sebahagian mereka: Dari Makkah: 1. Bapa beliau yang alim dan guru beliau yang pertama, As-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki 2. Shaykh Muhammad Yahya Aman al-Makki 3. Shaykh al-Sayyid Muhammad al-Arabi al-Tabbani 4. Shaykh Hasan Sa'id al-Yamani 5. Shaykh Hasan bin Muhammad al-Mashshat 6. Shaykh Muhammad Nur Sayf 7. Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani 8. Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi 9. Al-Sayyid Ishaq bin Hashim 'Azuz 10. Habib Hasan bin Muhammad Fad'aq 11. Habib Abd-al-Qadir bin 'Aydarus al-Bar 12. Shaykh Khalil Abd-al-Qadir Taybah 13. Shaykh Abd-Allah al-Lahji Dari Madinah: 1. Shaykh Hasan al-Sha'ir, Shaykh al-Qurra of Madinah 2. Shaykh Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri 3. As-Sayyid Ahmad Yasin al-Khiyari 4. Shaykh Muhammad al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti 5. Shaykh Ibrahim al-Khatani al-Bukhari 6. Shaykh Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi Dari Hadramawt dan Yaman: 1. Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramawt 2. Shaykh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman 3. Shaykh As-Sayyid Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta'iz 4. Al-Imam al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi 5. Al-Habib Alawi ibn Abd-Allah bin Shihab 6. As-Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari al-Ahdal 7. Shaykh Fadhl bin Muhammad Ba-Fadhal 8. Al-Habib Abd-Allah bin Alawi al-Attas 9. Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafeez 10. Al-Habib Ahmad Mashhur al-Haddad 11. Al-Habib Abd-al-Qadir al-Saqqaf Dari Syria: 1. Shaykh Abu-al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria 2. Shaykh As-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki 3. Shaykh Muhammad As'ad al-Abaji, Mufti Shafi'i 4. Shaykh As-Sayyid Muhammad Salih al-Farfur 5. Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani 6. Shaykh Abd-al-Aziz 'Uyun al-Sud al-Himsi 7. Shaykh Muhammad Sa'id al-Idlabi al-Rifa'i Dari Mesir: 1. Shaykh As-Sayyid Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadith di Mesir 2. Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir 3. Shaykh Salih al-Ja'fari, Imam Masjid Al-Azhar 4. Shaykh Amin Mahmud Khattab al-Subki 5. Shaykh Muhammad al-'Aquri 6. Shaykh Hasan al-'Adawi 7. Shaykh As-Sayyid Muhammad Abu-al-'Uyun al-Khalwati 8. Shaykh Dr. Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar Dari Afrika Utara (Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia): 1. Shaykh As-Sayyid As-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi 2. Shaykh As-Sayyid Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadith 3. Shaykh As-Sayyid Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari 4. As-Sharif Idris al-Sanusi, Raja Libya 5. Shaykh Muhammad At-Tahir ibn 'Ashur, Imam Zaytunah, Tunis 6. Shaykh al-Tayyib Al-Muhaji al-Jaza'iri 7. Shaykh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi 8. Shaykh As-Sayyid As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani Dari Sudan: 1. Shaykh Yusuf Hamad An-Nil 2. Shaykh Muddassir Ibrahim 3. Shaykh Ibrahim Abu-an-Nur 4. Shaykh At-Tayyib Abu-Qinayah Dari Rantau Indo-Pak: 1. Shaykh Abu-al-Wafa al-Afghani Al-Hanafi 2. Shaykh Abd-al-Mu'id Khan Hyderabadi 3. Al-Imam Al'Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India 4. Mufti Muhammad Shafi' Al-Deobandi, Mufti Pakistan 5. Mawlana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadith 6. Mawlana Zafar Ahmad Thanawi 7. Shaykh Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-'Azami 8. Sayyid Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi Senarai ini hanya merupakan ulamak masyhur yang Syaikh kita telah mendapat ijazah darinya, dan di sana terdapat ramai lagi yang tidak disebutkan. Pada As-sayyid Muhammad Alawi, seseorang akan mendapati nilai terbaik dari para Masyaikh ini dalam pelabagai latarbelakang dan pengkhususan. Karier Mengajar Kalimah karier sebenarnya mungkin tidak sesuai untuk digunakan untuk menggambarkan aktiviti mengajar As-Sayyid Muhammad, kerana kalimah ini amat hampir kaitannya dengan keuntungan material. Sementara beliau, seperti mana Masyaikh tradisi yang lain, juga seperti keturunannya sebelum beliau, mengajar hanya kerana Allah dan tidak mengharapkan keuntungan material langsung. Malahan, beliau menempatkan sejumlah besar pelajar di rumahnya sendiri, menyediakan untuk mereka makan minum, penginapan, pakaian, kitab-kitab serta segala keperluan mereka. Sebagai balasan, mereka hanya diminta mengikuti peraturan dan etika penuntut ilmu agama yang suci. Pelajar-pelajar ini biasanya menetap bersama beliau bertahun-tahun lamanya, mempelajari pelbagai cabang ilmu Islam, dan seterusnya kembali ke negeri masing-masing. Ratusan dari para pelajar telah menuntut di kaki beliau dan telah menjadi pelopor pengetahuan Islam dan kerohanian di negara mereka, terutamanya di Indonesia, Malaysia, Mesir, Yaman dan Dubai. Bagaimanapun apabila pulang dari Al-Azhar, beliau dilantik sebagai Profesor Pengajian Islam di Universiti Ummul Qura di Makkah, yang mana beliau telah mengajar sejak tahun 1970. Pada tahun 1971, sebaik bapanya meninggal dunia, para ulamak Makkah meminta beliau untuk menggantikan tempat bapanya sebagai guru di Masjidil Haram. Beliau menerimanya, lantas menduduki kedudukan yang telah diduduki oleh keluarganya lebih dari seabad. Beliau juga kadang kala mengajar di Masjid Nabi di Madinah. Kuliah pengajian beliau merupakan kuliah yang paling ramai dihadiri di kedua-dua Tanah Haram. Bagaimanapun pada awal tahun 80-an, beliau telah mengosongkan kedudukan mengajarnya di Universiti Ummul Qura juga kerusi warisannya di Masjidil Haram, memandangkan fatwa dari sebahgian ulamak fanatik fahaman Wahhabi, yang menganggap kewujudannya sebagai ancaman kepada ideologi dan kekuasaan mereka. Sejak itu, beliau mengajar kitab-kitab agung Hadith, Fiqh, Tafsir dan tasawwuf di rumah dan masjidnya di Jalan Al-Maliki di Daerah Rusayfah, Makkah. Kuliah-kuliah umumnya antara waktu Maghrib dan Isyak dihadiri tidak kurang daripada 500 orang setiap hari. Ramai pelajarnya daripada Universiti menghadiri pengajiannya di waktu malam. Sehingga malam sebelum beliau meninggal dunia, majlisnya dipenuhi penuntut. Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki amat dihormati oleh Kerajaan Arab Saudi dan selalu diminta nasihat dari Raja sendiri dalam urusan-urusan yang penting. Beliau juga dilantik sebagai ketua juri dalam Musabaqah Qur'an antarabangsa di Makkah selama tiga tahun berturut-turut. Tulisan Beliau Sayyid Muhammad merupakan seorang penulis prolifik dan telah menghasilkan hampir seratus buah kitab. Beliau telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di Institusi-institusi Islam di seluruh dunia. Kita sebutkan sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang: Aqidah: 1. Mafahim Yajib an Tusahhah 2. Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus 3. At-Tahzir min at-Takfir 4. Huwa Allah 5. Qul Hazihi Sabeeli 6. Sharh 'Aqidat al-'Awam Tafsir: 1. Zubdat al-Itqan fi 'Ulum al-Qur'an 2. Wa Huwa bi al-Ufuq al-'A'la 3. Al-Qawa'id al-Asasiyyah fi 'Ulum al-Quran 4. Hawl Khasa'is al-Quran Hadith: 1. Al-Manhal al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif 2. Al-Qawa'id al-Asasiyyah fi 'Ilm Mustalah al-Hadith 3. Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi 4. Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik Sirah: 1. Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil 2. Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah 3. 'Urf al-Ta'rif bi al-Mawlid al-Sharif 4. Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M'iraj Khayr al-Bariyyah 5. Al-Zakha'ir al-Muhammadiyyah 6. Zikriyat wa Munasabat 7. Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra Usul: 1. Al-Qawa'id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh 2. Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh 3. Mafhum al-Tatawwur wa al-Tajdid fi al-Shari'ah al-Islamiyyah Fiqh: 1. Al-Risalah al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa 'Alamiyyatuha 2. Labbayk Allahumma Labbayk 3. Al-Ziyarah al-Nabawiyyah bayn al-Shar'iyyah wa al-Bid'iyyah 4. Shifa' al-Fu'ad bi Ziyarat Khayr al-'Ibad 5. Hawl al-Ihtifal bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif 6. Al-Madh al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Ijhaf Tasawwuf: 1. Shawariq al-Anwar min Ad'iyat al-Sadah al-Akhyar 2. Abwab al-Faraj 3. Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar 4. Al-Husun al-Mani'ah 5. Mukhtasar Shawariq al-Anwar Lain-lain: 1. Fi Rihab al-Bayt al-Haram (Sejarah Makkah) 2. Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-'Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis) 3. Nazrat al-Islam ila al-Riyadah (Sukan dalam Islam) 4. Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da'wah ila Allah (Teknik Dawah) 5. Ma La 'Aynun Ra'at (Butiran Syurga) 6. Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam) 7. Al-Muslimun Bayn al-Waqi' wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman) 8. Kashf al-Ghumma (Ganjaran Membantu Muslimin) 9. Al-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan) 10. Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan) 11. Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah) 12. Usul al-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi) 13. Nur al-Nibras fi Asanid al-Jadd al-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas) 14. Al-'Uqud al-Lu'luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi) 15. Al-Tali' al-Sa'id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah) 16. Al-'Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah) Senarai di atas merupakan antara kitab As-Sayyid Muhammad yang telah dihasilkan dan diterbitkan. Terdapat banyak lagi kitab yang tidak disebutkan dan juga yang belum dicetak. Kita juga tidak menyebutkan banyak penghasilan turath yang telah dikaji, dan diterbitkan buat pertama kali, dengan nota kaki dan komentar dari As-Sayyid Muhammad. Secara keseluruhannya, sumbangan As-Sayyid Muhammad amat agung. Banyak hasil kerja As-Sayyid Muhammad telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa. Aktiviti lain As-Sayyid Muhammad merupakan seorang pembimbing kepada ajaran dan kerohanian Islam yang sebenar dan telah bermusafir ke serata Asia, Afrika, Eropah dan Amerika, menyeru manusia ke arah kalimah Allah dan Rasul terakhir-Nya Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam. Di Asia Tenggara khasnya, As-Sayyid Muhammad secara peribadi telah mengasaskan dan membiayai lebih 70 buah Sekolah Islam untuk melawan aktiviti dakyah Kristian. Sejumlah besar penganut Kristian dan Budha telah memeluk Islam di tangannya hanya setelah melihat Nur Muhammad yang bersinar di wajahnya. Ke mana sahaja beliau pergi, para pemimpin, ulamak dan masyarakat di tempat tersebut akan menyambutnya dengan penuh meriah. Beliau seringkali memberi ceramah kepada ratusan ribu manusia. Beliau amat disayangi dan dicintai oleh Muslimin di seluruh dunia, bukan sahaja kerana beliau keturunan Rasulullah, tetapi juga kerana ilmunya yang luas, hikmahnya, akhlak serta watak rohaninya. Beliau juga amat terkenal amat pemurah dengan ilmu, kekayaan dan masanya. Pendekatan As-Sayyid Muhammad mengikuti dan menyelusuri tradisi arus utama dan majoriti Islam, jalan Ahlu Sunnah Waljamaah, jalan toleransi dan sederhana, pengetahuan dan kerohanian, serta kesatuan dalam kepelbagaian. Beliau percaya kepada prinsip berpegang dengan empat mazhab yang masyhur, tetapi tanpa fanatik. Beliau mengajar rasa hormat kepada ulamak dan Awliyak agung yang lepas. Beliau menentang sikap sewenang-wenangnya mengatakan Muslim lain sebagai Kafir dan Musyrik, yang telah menjadi tanda dan sifat utama sebahagian fahaman hari ini. Beliau amat menentang dan kritis terhadap mereka yang digelar reformis (Islah) abad ke-20 yang dengan mudah ingin menghapuskan Islam generasi terdahulu menggunakan nama Islam yang suci. Beliau juga memahami bahawa mencela kesemua Ash'ari, atau kesemua Hanafi, Syafi'e dan Maliki, kesemua sufi, seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian fahaman hari ini adalah sama dengan mencela keseluruhan Ummah Islam ribuan tahun yang lampau. Ia hanya merupakan sifat dan pendekatan musuh Islam, dan bukannya rakan. Sayyid Muhammad juga amat mempercayai bahawa ulamak -ulamak Mazhab yang agung - mengikuti Sunni-Sufi - sejak beratus tahun yang lalu, adalah penghubung kita kepada Al-Quran dan Assunnah, dan bukanlah penghalang antara keduanya dengan kita, seperti yang dipercayai sesetengah pihak. Kefahaman yang benar berkenaan Al-Quran dan Sunnah ialah kefahaman yang berasaskan tafsiran para ulamak agung Islam, dan bukan dengan sangkaan para ekstrimis zaman moden ini yang tidak berfikir dua kali sebelum mencela majoriti Muslim di seluruh dunia. Sayyid Muhammad juga berpendapat majoriti ummah ini adalah baik. Kumpulan-kumpulan minoriti yang fanatiklah yang perlu mengkaji semula fahaman ekstrim mereka. Sayyid Muhammad merupakan pendukung sebenar Sufi yang berasaskan Syariah, Sufi para Awliya' agung dan solehin ummah ini. Beliau sendiri merupakan mahaguru kerohanian di tingkat yang tertinggi, berhubungan dengan kebanyakan peraturan kerohanian Islam, melalui para Masyaikh Tariqah yang agung. Beliau turut mempercayai bahawa membaca Zikir, samaada secara bersendirian atau berkumpulan, adalah bahagian penting dalam kerohanian seseorang. Semua pelajarnya dimestikan bertahajjud dan membaca wirid pagi dan petang. Sayyid Muhammad juga beranggapan, ummat Islam perlu menggunakan segala hasil yang ada untuk meningkatkan taraf ummah mereka dari sudut kerohanian, masyarakat dan juga material, dan tidak membuang masa yang berharga dengan berbalah pada perkara-perkara kecil. Beliau percaya Muslim tidak seharusnya mencela satu sama lain dalam perkara yang telah diselisihkan oleh para ulamak. Mereka sebaliknya perlu berganding bahu bersama untuk memerangi apa yang telah disepekati sebagai kejahatan dan dosa. Pandangan dan pendirian Sayyid Muhammad ini digambarkan dalam tulisannya yang terkenal, Mafahim Yajib An Tusahhah (Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan), sebuah buku yang mendapat penghargaan meluas di seluruh dunia Islam dan diiktiraf tinggi di lingkaran para ulamak. Penutup Tidak diragui lagi, kehadiran Sayyid Muhammad Alawi merupakan rahmat buat ummah ini. Beliau merupakan waris kepada kekasih kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam dari sudut darah daging serta kerohanian. Masyarakat Makkah dan Madinah teramat mencintai beliau seperti mana dilihat pada solat jenazah beliau. Siapa sahaja yang pernah menemui beliau jatuh cinta dengan beliau. Rumahnya di kota suci Makkah sentiasa terbuka sepanjang tahun untuk ulamak dan para penuntut yang menziarahi, ribuan orang yang menuju kepadanya. Beliau juga tidak kenal erti takut dalam berkata yang benar dan telah mengalami detik-detik kepayahan kerana kebenaran. Walaubagaimanapun pertolongan Allah kelihatan sentiasa bersama dengannya. RadhiyAllahu Anhu WaArdhaah. Ameen. Maklumat lanjut kehidupan dan pencapaiannya boleh dirujuk biografinya yang hebat bertajuk, Al-Maliki 'Alim Hijjaz, karangan penulis dan sejarahwan terkenal Makkah, Dr Zuhayr Kutbi. Pemergiannya Beliau telah meninggalkan kita pada hari Jumaat, 15 Ramadhan (bersesuaian dengan doanya untuk meninggal dunia pada bulan Ramadhan), dalam keadaan berpuasa di rumahnya di Makkah. Kematiannya amat mengejutkan. Benar.. Ia adalah satu kehilangan yang besar.. Ucapan takziah diucapkan dari seluruh dunia Islam. Solat janazah beliau dilakukan di seluruh pelusuk dunia. Beliau telah pergi pada bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat. Saya adalah antara yang menunaikan solat jenazah (pertama di rumah beliau diimamkan oleh adiknya As-Sayyid Abbas, dan seterusnya di Masjidil Haram dengan Imam Subayl)... Ratusan ribu manusia membanjiri upacara pengebumiannya. Semua orang menangis dan sangat bersedih... Ia merupakan satu situasi yang tidak dapat dilupakan... Allahu Akbar... Betapa hebatnya beliau... betapa besarnya kehilangan ini... Betapa ramainya yang menyembahyangkannya... Saya tahu mata saya tidak pernah menyaksikan seorang spertinya... Seorang yang amat dicintai oleh masyarakat seperti beliau... seorang ulamak yang berkaliber dan berpengetahuan serta berhikmah... Terdapat sekurang-kurangnya 500 orang tentera diperintah oleh kerajaan Arab Saudi di perkuburan Ma'ala untuk mengawal ribuan orang yang menangisinya. Kerabat diraja juga turut hadir. Para manusia menempikkan Kalimah dengan kuat sepanjang uapcara pengebumian beliau, memenuhi Makkah dari Masjidil Haram sehingga ke tanah perkuburan. Beliau disemadikan di sebelah bapanya, berhampiran maqam nendanya Sayyidah Khadijah. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau ada menghubungi seorang pelajar lamanya di Indonesia melalui telefon dan bertanyanya adakah dia akan datang ke Makkah pada bulan Ramadhan. Apabila dia menjawab tidak, Sayyid Muhammad bertanya pula, "tidakkah engkau mahu menghadiri pengebumianku?" Tepat sekali, beliau pergi pada bulan Ramadhan di pagi Jumaat... apakah lagi bukti yang diperlukan menunjukkan penerimaan Allah?! Makkah menangisi pemergiannya... Seluruh dunia Islam menangisi kehilangannya. Moga Allah menganugerahkan beliau tempat yang tertinggi di Jannah, bersama-sama kekasihnya dan datuknya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Ameen. Selesai diterjemah pada: 1.20 Petang, 26 Ramadhan 1425H di Haiyyu Sabiek, Kaherah. Wallahu A'lam. Wassollahu Ala Saiyidina Rasulillah WaAla Alihi Wasohbihi Waman Walah, Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin. --- End forwarded message ---