Setelah beberapa malam bersekang mata, beberapa hari berkerja keras.. pada hari ini dengan rasminya tertubuhla satu group yang diberi nama Alhaddads. Tujuan group nie di tubuhkan adalah untuk mengumpul seberapa ramai ahli yang berilmu, meminati ilmu dan mencari ilmu dalam karya sastera, kisah benar, renungan bersama dan agama. Dan kami sebagai nadi group nie amat mengalu- ngalukan penyertaan saudara/saudari ,tuan /puan dan adik- adik sekalian untuk sama sama berkongsi ilmu di dalam group nie.
KEISTIMEWAAN group nie..
kita saling dapat berkongsi email yang mana akan di hantar terus ke peti email kita, dari hasil kiriman ahli ahli lain ke group yang mana email nie terlebih dahulu telah di pantau oleh kami yang bertindak sebagai pemilik dan moderator group nie (lepas nie akan di panggil Alhaddads) agar email-email yang masuk ke peti email saudara /saudari, tuan / puan dan adik -adik sekalian adalah email yang berkualiti dan memberi ilmu, agar dapat kita mafaati bersama.
Kita juga dapat mengirim email ke group yang mana email tu mestilah berasas dan berlandasan ilmu dalam bentuk karya sastera, kisah benar, renungan bersama dan agama. dan pengiriman imeil ke group amatla di alukan. jangan lah malu, takut dan ragu untuk berkogsi ilmu. walaupun sedikit ilmu tu marilah kita sama sama mehayatinya semoga kita dapat mafaat dan keredhaan darinya. insya’allah.
Artikel-artikel ini juga akan di muatkan ke dalam Alhaddad’s blog agar dapat dihayati lebih ramai pembaca yang berilmu, meminati ilmu dan mencari ilmu. andai saudara/saudari ,tuan /puan dan adik- adik suka untuk membaca segala isi dalam blog nie marilah bersama kami dalam group. sesunguhnya kami amat mengalukan keahlian keluarga baru.
Dan kepada pembaca yang juga memiliki blog sendiri juga kami alu alukan untuk menjadi sebahagian dari keluarga kami dalam Alhaddads. Kirimkanlah artikel-artikel yang layak ke Alhaddads, tapi jangan lupa sertakan link blog saudara/saudari ,tuan /puan dan adik- adik dalam artikel tu. agar pembaca dapat melawat blog saudara/saudari ,tuan /puan dan adik- adik selepas membaca artikel yang saudara/saudari ,tuan /puan dan adik- adik kirim kan melalui link yang diberikan. Contoh boleh rujuk pada tiga tajuk artikel di bawah.
- Benarkah cinta itu menyakitkan. .???
- Allah telah memuliakan umat ini dengan lima kemuliaan
- Arah pencarianku…
Cara cara untuk menyertai: Online: http://groups.yahoo.com/group/Alhaddads/join Lawati link diatas, kemudian klip pada button join pada bahagian sebelah atas dalam link tersebut, dan ikutilah arahan seterusya. Ps: jangan lupa chek email.
Email: Alhaddads-subscribe@yahoogroups.com Hantar satu email kosong ke alamat diatas. Dan saudara /saudari, tuan / puan dan adik -adik akan dapat satu email balas. klip pada alamat link yang diberikan dalam email balas tu, dalam alamat link tu ada disertakan pengenalan saudara /saudari, tuan / puan dan adik -adik, lpas klip ia akan membuka satu link baru. Baca kata pengenalan dan tujuan group kemudian klip join pada bahagian akhir. akan ada 4 email menyusuri selepas menjadi ahli. klip pada alamat link dalam email akhir untuk pengesahan.
Semoga dengan sumbangan, idea-idea yang bakal kita sajikan buat tatapan bersama dapat mengilhamkan cara membangun ilmiah yang hak pada pemikiran baru menuju kepada asas yang sejati dan murni.
Anggaplah Alhaddads ini seperti kalam kita bersama. Bentuk dan corakkanlah dengan warna-warna ria agar Alhaddads kita kelihatan berseri indah dengan bahan-bahan yang mencerna minda dan memberi kemanfaatan serta menjana impian kita bersama.
Inilah harapan Alhaddads ditubuhkan di atas dasar dan asas ilmu. Semoga Alhaddads mampu mewarnai setiap email penguna muslim dan muslimah…Insya’allah..
Terima kasih kerana bersama kami..